Thursday, 10 January 2013

Cabaran Berseorangan

Bermulanya kehidupan sebagai seorang yang jalan berseorangan.. Belajar berseorangan dan juga bersendirian tanpa manusia. Tapi tetap mempunyai Allah yang sentiasa berada di sisiku.. Blog ini ditulis bukan untuk mengadu, tapi blog ini di tulis hanya untuk berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Kerana ini lah ilmu yang penting di mana kita hendaklah sekali sekala belajar hidup berseorangan. Jadi oleh itu, marilah saya bercerita tentang bagaimana saya mengharungi kehidupan yang amat amat susah pada mulanya, dan dengan bantuan Allah SWT.

Mulanya apabila berlaku conflict antara saya dan rakan/teman baik saya di universiti ternama di Malaysia. Di sini lah bermula segala pertelingkahan dan juga perselisihan faham. Walau saya cuba untuk memulihkan keadaan, tetapi bagaikan sentiasa ada halangan yang menganggu kami berdua dan juga sentiasa ada hati yang jahat cuba untuk membantu Syaitan laknatullah untuk berjaya dengan menghalang terlancarnya hubungan silaturahim yang ingin dibaik pulih. Mereka akan memberi alasan seperti 'ini untuk kebaikkan kamu' atau 'saya ingin kamu jauh dari dia supaya kehidupan kamu tak susah'. Wahai kawan kawanku, adakah setiap inci diri ku ini dipenuhi dosa dan kejahatan.. adakah niat baikku ini untuk memulihkan silaturrahim adalah salah? Aku pernah membuat dosa,tapi tak semestinya aku tidak menyedari dan aku tidak insaf ya kawan kawan ku. Nabi Muhammad SAW amat mementingkan hubungan silaturrahim dan belas ihsan dalam diri manusia.. Tidak semestinya kita perlu menghalang atau memutuskan silaturahim kerana itu merupakan perbuatan yang berdosa. Sudah tidak cukup ka kalian mengabaikan aku? Masih lagi ingin menjauhkan ku dari kawan baik ku? Adakah ini yang patut ku dapat? Dugaan Allah yang berat, aku mampu mengarungi dengan bantuanNya. Dan apabila aku tidak dapat bergaul dengan rakan rakan ku selepas dipulau,tiada yang bercakap dengan ku walau aku cuba untuk menegur, dan kawan baikku membencikan aku dan perpisahan berlaku. Dari situ mulanya menggelar diriku seorang Xcution. Seorang yang mengharungi kehidupan sendiri tanpa manusia disisi...seorang yang melalui kehidupan bersama Allah di sisi, dan juga para malaikat yang bersamaku. I am,an Xcutioner.





No comments:

Post a Comment